23 Oktober 2017, Unit JKR KESEDAR melalui Urusetia Unit Korporat telah mengadakan Taklimat Integriti Kepimpinan & Pengurusan Dalam Perkhidmatan Awam. Tajuk yang dipilih bagi taklimat ini ialah, “Budaya Integriti, Kualiti Peribadi, (Isu Integriti, Rasuah & Salahguna Kuasa)”. Taklimat ini melibatkan keseluruhan pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR Tanah Merah & Gua Musang.
Taklimat ini dimulai dengan ucapan pendahuluan dan perasmian oleh YBrs Tuan Pengarah Unit JKR KESEDAR, En Mohd Suhaili Bin Ismail. Seterusnya taklimat disampaikan oleh dua orang pegawai dari pejabat SPRM negeri Kelantan iaitu Penolong Penguasa En Mohd Sabiren Bin Soaid dan Penolong Penguasa Syamsul Arifin Bin Othman.
Inisiatif ini merupakan kesinambungan taklimat/program berterusan yang dirangka sepanjang tahun untuk memperkukuhkan dan menjadikan integrity sebagai amalan seharian di kalangan warga Unit JKR KESEDAR khasnya dan seluruh penjawat awam amnya.