Unit JKR KESEDAR telah berjaya memenangi tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi kategori Projek Rekabina/Turnkey (Projek Bangunan/Infrastruktur/Penyenggaraan). Hj Nik Burhanuddin Bin Nik Yusoff, selaku Pengarah Unit JKR KESEDAR, telah menerima anugerah tersebut pada Majlis Penyampaian Anugerah Sempena Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia bagi tahun 2013 yang telah dijayakan pada 27 Mei 2013 bertempat di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Terengganu. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin.
Untuk makluman, projek tersebut adalah projek Menaiktaraf Jalan dari Kg Berdang ke Kg Sungai Rual Melayu ke Kg Sungai Rual, Jeli, Kelantan (Fasa I). Projek berjumlah RM48,502,740.48 ini bermula pada April 2010 dan disiapkan pada Mac 2012, 7 bulan awal dari temph kontrak. Konsultan dan kontraktor yang terlibat adalah MZAH Perunding Sdn Bhd dan Chengaljati Sdn Bhd.