Kuala Lumpur, 05 Mac 2020 :- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya 2019 (APC2019) telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia.
Tema majlis kali ini “MENEROKAI POTENSI, MENGUNGGULI PRESTASI” dan majlis telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Seramai 11 orang penerima dari pejabat ini telah dipilih bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019.