23.04.2019, Selasa :- Pengarah, Tn. Shukri Bin Ishak mempengerusikan mesyuarat pembukaan Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Premis Unit JKR KESEDAR.
Pasukan Audit terdiri daripada En. Ahmad Fadzli Bin Mohamad (KPA), En Mohd Shahril Bin Rasli (JAD), En Syazaril Bin Shadan Hadzri (JAD) dan En. Mohd Noor Shafeek Bin Jaafar (JAD).
Penolong Setiausaha KKP Unit JKR KESEDAR, Pn. Siti Shalwani Bt Saidina Ali memberi penerangan dan pembentangan yang menyeluruh kepada pasukan audit sebelum mesyuarat ini ditangguhkan.
Seterusnya Pasukan Audit meninjau dan melihat keseluruhan premis pejabat ini sebelum semakan dokumentasi dan fail dilakukan di bilik mesyuarat utama.
Sebelah petang diteruskan lagi semakan dokumentasi sebelum mesyuarat penutup dan laporan akhir serta keputusan daripada Ketua Pasukan Audit.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.