06.03.2018, Selasa – Unit JKR KESEDAR telah menerima kehadiran Panel Penilai Anugerah Cemerlang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi menilai tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Ybrs Mohd Suhaili Bin Ismail, Pengarah Unit JKR KESEDAR dan diikuti kata aluan oleh barisan panel penilai. Seterusnya pembentangan oleh En Iskandar Zulkarnain Bin Azmi, Setiausaha KKP unit JKR KESEDAR.
Barisan panel penilai membuat semakan dokumen bersama Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan unit JKR KESEDAR dengan kehadiran beberapa wakil dari majikan dan juga wakil dari pekerja.
Majlis di teruskan dengan panel penilai diiringi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan unit JKR KESEDAR ke setiap tempat di pejabat ini.
Majlis di akhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan berfoto antara Jawatankuasa keselamatan & Kesihatan unit JKR KESEDAR dengan barisan Panel Penilai Anugerah Cemerlang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.