Pada 24-25 Februari 2014, Audit Pematuhan SIRIM Tahun 2014 bagi perlaksanaan SPK MS ISO 9001:2008 telah dilaksanakan dengan jayanya di Unit JKR KESEDAR. Tuan Ir Mohd Azhari Bin Mohd Salleh, Pengarah Unit JKR KESEDAR, telah merasmikan mesyuarat pembukaan audit ini dengan kehadiran dua juruaudit dari SIRIM, pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat.
Antara tapak projek yang telah diaudit adalah Projek Jambatan Biak, Projek Menaiktaraf Jalan dari Kg. Berdang ke Kg. Sg. Rual Melayu ke Kg. Sg Rual, Jeli dan Projek Tangki Air Aqua Store Paloh 3 serta dokumentasi di Unit Korporat, Unit Ukur Bahan dan Unit Mekanikal.
Setelah dua hari audit dijalankan, pihak SIRIM telah merumuskan bahawa Unit JKR KESEDAR kekal menggunapakai dan mematuhi SPK MS ISO 9001:2008 dan tiada Non-Conformance Report (NCR) dikenakan bagi Tahun 2014. Pengarah Unit JKR KESEDAR mengucapkan terima kasih kepada juruaudit SIRIM menutup mesyuarat penutupan audit Tahun 2014.
TAHNIAH BUAT WARGA KERJA UNIT JKR KESEDAR YANG TERLIBAT!
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar Audit Pematuhan SIRIM!