13.07.2017, Khamis :- Larian Obor Sukan Sea Ke 29 2017 menjadi sejarah tersendiri kepada JKR KESEDAR kerana terpilih untuk turut serta pada edisi kali ini. Seramai 29 perserta dari Jabatan ini simbolik Sempena Sukan Sea ke 29 yang diketuai oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, En Mohd Suhaili Bin Ismail telah diberi penghormatan untuk membawa obor sejauh 300m sebelum diserahkan kepada YB Datok Ahmad Jazlan (Timbalan Menteri 2 Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah) disempadan Jajahan Tanah Merah/Machang.