Bengkel Hands-On Pengisian Borang SPK Di Bawah Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) bagi pegawai tapak bina khusus untuk kerja-kerja elektrik telah dianjurkan oleh Unit JKR KESEDAR selama dua hari bermula dari 18 April 2018 hingga 19 April 2018 bertempat di dewan wawasan, Unit JKR KESEDAR, Tanah Merah, Kelantan.
Bengkel ini telah memberi pemahaman yang jelas berkaitan dengan pengurusan projek yang berkaitan bidang elektrik kepada 22 orang peserta (Jurutera Elektrik dan Penolong Jurutera Elektrik) dari JKR Jajahan, Pejabat Jurutera Elektrik JKR Negeri Kelantan, JKR Tentera Negeri Kelantan dan Unit JKR KESEDAR.
Penceramah dan pemudah cara bengkel ini dikendalikan oleh Ir Najmudin Mat Nanyan dari JKR Elektrik Negeri Perak dan Puan Merliza Mohd Kassim dari JKR Elektrik Negeri Pulau Pinang.
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, Mohd Suhaili Ismail.