Bengkel Pemantapan Media Sosial KKR 2016 telah diadakan selama 2 hari bermula 22-23 Januari 2016 yang dirasmikan pembukaan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kerja Raya, Tuan Haji Sarani Bin Dollah.
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini antara lain untuk membincangkan keberkesanan rangkaian media sosial agensi KKR/JKR dan pengurusan aduan dalam media sosial.
Turut dihargai dalam bengkel ini adalah jemputan dari Rakan KKR seluruh Malaysia untuk bersama-sama bagi mengeratkan hubungan dua hala dan sebagai mata-mata telinga kepada agensi KKR dan JKR.
Beberapa harapan yang telah dikemukakan oleh Rakan KKR antara lain bagi menambahbaik kepada keberkesanan penggunaan media sosial.
Turut diraikan bersama Admin-admin JKR seluruh Malaysia, agensi KKR dan Rakan KKR adalah tetamu kehormat yang juga antara pemangkin perjalanan media sosial iaitu YB Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusoff.
Ucapan terima kasih kepada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh Puan Noreha Md. Ripin dan Unit Pengurusan Strategik, Kementerian Kerja Raya, Puan Nur Saila Binti Kamaruddin Nor Zaman kerana berjaya menganjurkan bengkel ini untuk memperkasakan media sosial KKR/JKR.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.