Pada 9 Mei 2013 hingga 11 Mei 2013 yang lepas, Unit JKR KESEDAR telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko yang telah diadakan di Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu. Bengkel ini melibatkan 35 orang peserta yang merangkumi dua projek iaitu Projek Jalan Berdang Ke Sungai Rual, Jeli (Fasa 2) dan Projek Jambatan Kg Biak Ke Kg Kandek.
Ucapan pembukaan dan penutup bengkel ini telah dilakukan dengan jayanya oleh Tuan Haji Nik Burhanuddin Bin Nik Yusoff ( Pengarah Unit JKR KESEDAR).