Unit JKR Kesedar telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada bengkel ini yang berlangsung dari 12 – 13 September 2018.
Seramai 40 orang peserta dari Jkr Pahang, Jkr Kelantan dan Jkr Kesedar telah menjayakan bengkel tersebut. Penceremah bengkel ialah Pn Sr Roznita Othman, Pengarah Kejuruteraan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR Malaysia dan fasilitator ialah Sr. Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah juga dari Cawangan yang sama. Turut hadir ialah Wan Zahari Wan Mansor, Jurutera Awam Penguasa dari Jkr Kelantan.
Tujuan bengkel ialah untuk mendokumenkan amalan ‘ bad practise’ yang perlu dielak dari terus berulang dan ‘best practices’ yang akan menjadi panduan dalam mengurus sesuatu projek.
Sebanyak 6 bilangan projek telah dijadikan rujukan dalam bengkel ini termasuk projek hospital baru Kuala Krai.
Ucaptama bengkel telah disampaikan oleh Pengarah Jkr Kesedar, Ir Mohd Suhaili Ismail.