Tanah Merah, 13-14 November 2019 – Pasukan Audit kali ini diketuai oleh En. Mohd Hakim Bin Awaluddin (Cawangan Kejuruteraan Mekanikal HQ), En. Arwan Bin Mohd Din (Woksyop JKR Wilayah Persekutuan KL) dan En. Mohamad Nazrol Amirul Bin Mohd Nazril (CASKT).
Audit ini bertujuan bagi memastikan pengurusan kenderaan di pejabat ini mematuhi arahan pekeliling perbendaharaan :-
I) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
II) Pengurusan Kenderaan Jabatan
III) Pemeriksaan Keselamatan & Prestasi Kenderaan
Tahniah diucapkan kepada pasukan pejabat ini yang diketuai oleh En. Mohd Firdaus Bin Rameli (Jurutera Mekanikal) merangkap Pegawai Kenderaan Unit JKR KESEDAR dan kakitangan Bahagian Mekanikal dalam menjayakan audit ini.