Kelab Sukan & Kebajikan Unit JKR KESEDAR telah mengadakan Hari Keluarga yang telah diadakan pada 05 Jun 2016 bertempat di Putera Valley Resort & Training Centre, Tanah Merah, Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengarah merangkap Yang Dipertua KSK sekali gus merasmikan Hari Keluarga Unit JKR KESEDAR 2016. Pelbagai acara sukan telah diadakan pada hari terbabit melibatkan semua kakitangan, isteri @ suami kakitangan dan anak-anak pelbagai peringkat umur. Turut diadakan majlis cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi Hari Kelaurga jabatan ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga penyampaian hadiah ‘Indor Game’ yang mana sukan ini telah diadakan terlebih dahulu sebelum Hari Keluarga.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.