Hari Keluarga Unit JKR KESEDAR telah diadakan pada 13-14 Julai 2012 bertempat di Bukit Kluang Resort dan Damai Beach Resort, Terengganu. Seramai 136 keluarga pegawai serta kakitangan yang turut serta memeriahkan program ini. Perasmian Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, Hj. Nik Burhanuddin Bin Nik Yusoff. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya pertandingan Rakit Darat, Bowling Kelapa, Lastik Kulit Kerang, Lari Dalam Guni, Teka Biji Labu, Rebut Gula – Gula (kanak – kanak 6 tahun) dan sebagainya.