7 Mei 2017, Ahad – Musyawarah telah diadakan bersama penduduk dengan beberapa agensi kerajaan, antaranya Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW), Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang dan kontraktor projek berkenaan di Masjid Pulau Setelu untuk menyelesaikan isu pengambilan tanah bagi Projek Jambatan Pulau Setelu, Gua Musang.
Dalam Musyawarah tersebut, penduduk bersetuju untuk membenarkan kontraktor memulakan kerja-kerja dalam kawasan tanah mereka sementara menunggu wang pampasan dibayar kepada mereka.
Pejabat ini merakamkan ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah tersebut yang mana difahamkan melibatkan 6 lot tanah yang bergeran.
Dengan persetujuan penyelesaian ini sangat bermakna demi memastikan kelancaran projek.