Perlaksanaan projek berjalan lancar yang mana kemajuan sebenar berbanding perancangan ialah 45% Vs 45%.
Skop perlaksanaan semasa ialah kerja cerucuk gerek (Bore Pile) dimana 4 bil dari 6 bil pier telah siap. Satu Abutmen telah siap dan 21 beam dari 49 beam telah siap dibentuk. Perletakan beam (Launching) dirancang pada penghujung bulan ini.
Berdasarkan prestasi semasa pembinaan jambatan ini, projek ini berupaya disiapkan mengikut jadual asal iaitu bulan mac 2019.
Maklumat ini telah dimaklumkan oleh Penolong Jurutera Tempatan (ARE) sempena lawatan Pengarah Unit JKR KESEDAR ke tapak projek.