9.5.2017, Selasa :- Ir Adnan Bin Abd Ghani, Jurutera Awam kanan J48 telah dinaikan pangkat ke Jurutera Awam Penguasa J52 dan akan memulakan tugas sebagai Jurutera Daerah di JKR Bentong, Pahang.
Unit JKR Kesedar sangat terhutang budi dana mat terasa akan kehilangan beliau selaku Ketua Bahagian Di Zon Utara yang sangat komited dan berdedikasi.
Seluruh warga Unit JKR Kesedar merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya serta terus cemerlang di JKR Bentong.