25.5.2017, Khamis :- Kerja-kerja menyelenggara jalan berlubang di Jalan Chempaka Merah ini telah dilakukan dengan jayanya. Kerja-kerja yang dilakukan secara gotong-royong ini melibatkan semua peringkat kakitangan pejabat ini dimana kerja ini diketuai oleh ketua unit senggara, En Izuddin Bin Idris.
Walaupun jalan ini bukan jalan dibawah tanggungjawab JKR, Pejabat ini mengambil inisiatif sendiri demi keselesaan pengguna terutama di musim perayaan yang bakal tiba.
Unit JKR Kesedar merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat swasta yang juga pembekal konkrit siap campur atas sumbangan yang diberikan dan juga JKR Tanah Merah atas bantuan peralatan bagi melancarkan gotong-royong ini.