Bangunan klinik kesihatan beserta kuarters telah diluluskan untuk dibina di Kg Bahagia, Kuala Krai bagi menggantikan Klinik Desa sedia ada dibawah RMKe 11 RP 3.
Pembinaan dijangka bermula pada bulan februari tahun hadapan. Kerja-kerja ukur tapak telah pun bemula dimana pembinaan projek ini di bawah kawal selia oleh JKR KESEDAR.
Lawatan dan mesyuarat awalan antara Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan JKR KESEDAR telah berlangsung sebagai langkah permulaan untuk pengesahan skop kerja sebenar dan juga penyelarasan teknikal.