Kelab Sukan dan Kebajikan Unit JKR KESEDAR dengan bantuan peralatan, benih dan konsultansi Jabatan Pertanian telah memanfaatkan tanah lapang dalam kawasan pejabat untuk dijadikan tapak tanaman sayuran kaedah moden.
Ianya bukan sahaja akan menukar landscape kawasan pejabat dari semak samun kepada sayuran hijau tetapi dilihat berpotensi menjanakan pendapatan kewangan Kelab Sukan dan Kebajikan serta wadah kepada seluruh kakitangan Unit JKR KESEDAR yang disasarkan dikalangan kakitangan peringkat pelaksana mempelajari secara praktikal kaedah moden dalam pertanian.
Usaha ini juga secara tidak langsung telah menyokong ‘Konsep Hijau’ dipremis kerajaan dan penyumbang kepada sumber hasil pertanian.
Konsep ini diusahakan oleh beberapa orang kakitangan pelaksanan dihujung minggu.