05/02/2018, Isnin :- Unit JKR KESEDAR telah membuat satu Kolabrasi Bersama pembekal Maccaferry berkaitan kestabilan cerun. Program ini yang dilihat berupaya mengembangkan pengetahuan dan kefahaman dalam memilih alternative terbaik untuk diimplimintasi dalam rekabentuk sesebuah cerun.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Unit JKR KESEDAR, Ybrs Mohd Suhaili Bin Ismail dan dalam ucapan perasmian beliau menekankan supaya platform sebegini dilihat dalam perspektif yang lebih luas supaya projek JKR dapat dipelbagaikan konsep rekabentuk yang berobjektif menyegerakan tempoh penyiapan, menepati fungsi, mesra alam sekitar dan kualiti terkawal.