Pengarah JKR KESEDAR telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengurus Besar KESEDAR yang baru YABrs En Iskandar Zurkarnain Bin Ibrahim selepas menghadiri mesyuarat pembangunan Bil 4/2017.
Bersempena dengan itu, Seluruh warga JKR KESEDAR merakamkan setinggi tinggi tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Pengurus Besar KESEDAR yang baru.
JKR KESEDAR akan terus komited untuk Bersama-sama KESEDAR dalam membandarkan kawasan luar bandar di Kelantan selatan.