Pada 16 – 19 Oktober 2012 yang lalu, Kursus Motivasi dan Semangat Kerja Berpasukan (team building) telah diadakan di Coral City Hotel and Resort, Lumut Perak di hadiri oleh seramai 40 orang peserta dari kakitangan Sokongan I dan II. Kursus ini dipimpin oleh perunding Iz Fine Tuning Intelligences Sdn Bhd. Selama 4 hari 3 malam berkursus, peserta didedahkan dengan pelbagai slot serta aktiviti yang menarik. Antara program yang diadakan ialah; ceramah motivasi oleh En. Kamarul Baharin, permainan F1, Merungkai Tali, Membina Menara, Simpulan Tali, Membina Roda Straw.