Tanah Merah, 9 Disember 2019 – Selamat datang kepada pelajar-pelajar latihan industri yang telah melaporkan diri di pejabat ini. Seramai 10 pelajar yang melaporkan diri ini dari pelbagai jurusan akan ditempatkan di Unit JKR KESEDAR Tanah Merah.
Taklimat pengenalan merangkumi peraturan pejabat & silibus pelajar telah disampaikan oleh En. Mohamad Lokman Hakim Bin Mustapha, Ketua Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan (BPKS) & En. Samsuri Bin Yunus. Penyelian berkaitan pelajar latihan industri ini diurus sepenuhnya oleh En. Rosmi Bin Mamat (BPKS)
Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan ruang dan tempoh latihan ini supaya objektif latihan industri ini tercapai seoptimum yang mungkin terutama bagi meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan penyampaian sebenar di alam pekerjaan.