Selamat datang kepada pelajar-pelajar latihan Industri yang telah melaporkan diri di Unit Korporat. Seramai 9 pelajar dari pelbagai jurusan telah ditempatkan di Unit JKR KESEDAR Tanah Merah dan Gua Musang bagi sesi ini.
Sedikit taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Mazlan Bin Makhtar, Jurutera Awam Kanan BPKS kepada semua pelajar berkenaan. Penyeliaan berkaitan Latihan Industri ini diurus sepenuhnya oleh En. Rosmi Bin Mamat.
Semoga pelajar-pelajar dapat memanfaatkan ruang tempoh latihan ini supaya objektif latihan industri dapat dicapai seoptimum yang mungkin terutama dalam meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan penyampaian sebenar di alam pekerjaan.