28.03.2018, Rabu :- Projek tersebut telah diluluskan untuk dilaksanakan di bawah RMKe11 dan Unit JKR KESEDAR diberi tanggungjawab selaku Pegawai Penguasa Projek.
Sesi lawatan dari agensi yang berkaitan telah diadakan ke tapak projek tersebut pada pagi ini. Objektif lawatan ini untuk semua agensi yang berkaitan bagi memastikan risiko yang mungkin berbangkit di peringkat pembinaan dapat di mitigasi seawall mungkin dan sebagai input penyediaan rekabentuk.
Skop projek ini melibatkan jajaran jalan tanah sediada kepada pembinaan jalan bertar (Jalan Berturap) dengan piawaian R2 sepanjang 40km dan melibatkan pembinaan 8 buah jambatan konkrit.