25/1/2018, Khamis :- Unit JKR KESEDAR telah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan ke tapak Projek Klinik Kesihatan Dan Kuarters (Jenis 6) Pos Brooke, Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Rombongan seramai 30 orang pegawai dari pelbagai disiplin ini telah disambut mesra oleh Wakil Pegawai Penguasa Projek yang juga Jurutera Awam Kanan Zon Selatan Unit JKR KESEDAR, En Mazlan Bin Makhtar dan disusuli dengan sesi taklimat projek.
Program lawatan sebegini adalah merupakan salah satu wadah perkongsian dan bertukar pandangan ke arah pemantapan pengurusan projek.
Unit JKR KESEDAR sentiasa mengalu-alukan pendekatan sebegini rupa kerana ianya berupaya memperkasakan kompetensi pegawai yang terlibat.
Terima kasih JABATAN KERJA RAYA NEGERI KELANTAN.