29.8.2017, Selasa :- Lawatan kerja Dato Pengarah Pakar Cawangan Jalan ke tapak projeK Jambatan Kg. Pemberian, Kuala Krai, Kelantan. Turut hadir adalah wakil dari JKR Kelantan.
Lawatan kerja ini bermula dengan taklimat projek yang disampaikan oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, Encik Mohd Suhaili Bin Ismail selaku Pegawai Penguasa.
Projek ini dapat dikekalkan momentum sebagaimana dirancang walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan paras pasang surut air sungai ekoran taburan hujan yang tinggi semenjak Januari 2017. Kemajuan semasa projek adalah 24% dengan aktiviti utama semasa ialah kerja-kerja menggerudi cerucuk (Bored Pile). Projek ini dijangka siap pada penghujung November 2018.
Perkongsian pengalaman oleh Dato Pengarah dalam mengurus projek ECER adalah perkongsian yang sangat bermanfaat kepada Unit JKR KESEDAR.