Satu sesi lawatan kerja oleh Pasukan Rekabentuk Cawangan Jalan IbuPejabat Jabatan Kerja Raya telah berlangsung pada 23 Oktober 2017.
Tujuan/Objektif lawatan kerja ini adalah untuk menilai keberkesanan rekabentuk berbanding keadaan sebenar di tapak bina. Pembentangan kepada pasukan HODT Cawangan Jalan IPJKR ini dilakukan oleh Pasukan Perunding Sivil.
Perlaksanaan projek ini menepati perancangan dengan peratus kemajuan fizikal 27% dimana kerja-kerja semasa di tapak bina adalah kerja-kerja Penggerudian Cerucuk.