28.01.2019, Isnin :- Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Ybhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha telah mengadakan lawatan kerja ke Unit JKR KESEDAR yang merupakan lawatan julung kali beliau ke pejabat ini.
Turut hadir bersempena lawatan kerja Ybhg. Dato Sri KPKR ini adalah En. Kamal Badrul Hisham Bin Mohamed (Pengurus KESEDAR Wilayah Gua Musang), En. Faudzi Bin Ab. Rahman (Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli) dan Nik Soh Bin Yaacob (JKR Kelantan).
Bersempena lawatan ini, Pengarah Unit JKR KESEDAR, Tuan Shukri Bin Ishak telah membawa Ybhg. Dato Sri KPKR ke setiap Bahagian dan sekitar pejabat ini bagi melihat dengan lebih dekat ruang serta persekitaran tempat kerja pegawai dan kakitangan pejabat ini.
Ybrs Pengarah Unit JKR KESEDAR memulakan ucapan kata-kata aluan dan taklimat berkaitan latar belakang/Sejarah pejabat ini, kejayaan-kejayaan yang dicapai, cabaran-cabaran dihadapi dalam penyiapan projek, projek dalam fasa pra pembinaan dan pembinaan serta pelbagai aktiviti berkaitan pejabat ini.
Ybhg Dato’ Sri KPKR menyampaikan amanat kepada semua hadirin. Amanat yang amat jelas kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir.
Majlis diakhiri dengan acara bergambar bersama Ybhg. Dato Sri KPKR.