03 Januari 2021, Ahad :- YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke Projek Klinik Kesiahatan (Jenis 7) Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.
Turut mengiringi Ybhg. Dato’ Seri KSU KKM adalah Dato’ Sarul Bahiyah Haji Abu Setiausaha Bahagian Kanan KKM, Dr. Nordin Bin Saleh Pengarah Bahagian Perancangan KKM, Ir. Tauran Zaidi Bin Ahmad Zaidi Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Dato’ Dr. Zaini Bin Hussin Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Mohd Rafiq Bin Mohd Kasri Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang dan Pn. Zaidah Binti Ibrahim Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia.
Ketibaan Ybhg. Dato’ Seri KSU KKM disambut oleh Ir. Shukri Bin Ishak Pengarah JKR KESEDAR, En. Saifulmizam Abdul Majid Jurutera Awam Kanan (Selatan), En. Mazlan Bin Makhtar Jurutera Awam Kanan (Utara), pegawai-pegawai dan kakitangan JKR KESEDAR.