26.02.2019, Selasa :- Unit JKR KESEDAR telah menerima lawatan kerja daripada pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Tuan Pengarah, Tuan Shukri Bin Ishak dan Pegawai Kanan pejabat ini telah menyambut rombongan pihak KETENGAH yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
Turut hadir bersempena lawatan kerja ini ialah Tuan Haji Wan Muhd Rahimi Bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR dan pegawai KESEDAR.
Ybrs Pengarah Unit JKR KESEDAR memulakan ucapan kata-kata aluan dan taklimat berkaitan latar belakang/Sejarah pejabat ini, kejayaan-kejayaan yang dicapai, cabaran-cabaran dihadapi dalam penyiapan projek, projek dalam fasa pra pembinaan dan pembinaan serta pelbagai aktiviti berkaitan pejabat ini.
Majlis diakhiri dengan acara bergambar.