Pada 15 Februari 2014, Y.Bhg. Datuk Seri Ibrahim Bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Berdang Ke Kg. Sungai Rual Melayu Ke Kg. Sungai Rual, Jeli, Kelantan.
Turut mengiringi beliau ialah Pengurus Besar KESEDAR, Pengarah Unit JKR KESEDAR, pegawai-pegawai kanan KESEDAR dan pegawai-pegawai Unit JKR KESEDAR. Dalam lawatan ini, Yg. Bhg Datuk Seri KSU telah diberi taklimat berkenaan projek oleh Pengarah Urusan Chengal Jati Sdn Bhd, Dato Ir Shaari Bin Hassan dan diikuti pula sesi soal jawab.
Y.Bhg. Datuk Seri KSU seterusnya meninjau ke kawasan tapak projek yang sedang berjalan dan lawatan ini diakhiri dengan majlis jamuan makan tengah hari.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar Lawatan Y.Bhg. Datuk Seri KSU!