28.03.2018, Rabu :- Unit JKR KESEDAR telah diberi tanggungjawab untuk membina baru Klinik Kesihatan di Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan. Perkhidmatan kesihatan sediada di sini beroperasi di Klinik Desa.
Hari ini lawatan tapak dan taklimat tender telah diadakan di balai raya bersebelahan tapak cadangan projek. Seramai 22 syarikat kontraktor kelas G5 telah hadir ke sesi lawatan dan taklimat tender tersebut.
Objektif lawatan dan taklimat tander adalah untuk memberi pendedahan sebenar berkaitan keadaan tapak, jalan perhubungan dan skop projek kepada petender untuk diambil kira dalam meletakkan harga bidaan kontraktor masing-masing.
Sesi lawatan dan taklimat adalah sebahagian dari prosedur proses perolehan kontrak dan sehubungan dengan sesi ini, pembinaan projek dijangka bermula seawall bulan Mei 2018.