Tanah Merah, 27 Ogos 2019 – Unit JKR KESEDAR telah diberi tanggungjawab untuk membina baru Klinik Kesihatan di Star dan Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.
Hari ini lawatan tapak dan taklimat tender telah diadakan di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Objektif lawatan dan taklimat tander adalah untuk memberi pendedahan sebenar berkaitan skop projek kepada petender untuk diambil kira dalam meletakkan harga bidaan kontraktor masing-masing.
Sesi lawatan dan taklimat adalah sebahagian dari prosedur proses perolehan kontrak.