15 Disember 2016, Khamis :- Unit JKR KESEDAR telah menganjurkan Majlis Bual Bicara Bersama Pengarah Baru, Encik Mohd Suhaili Bin Ismail. Ini merupakan perjumpaan julung kali pengarah bersama semua pegawai dan kakitangan pejabat ini selepas melapor diri.
Penyampaian Anugerah Tokoh telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, En Mohd Suhaili Bin Ismail :-
- Pegawai P&P : Puan Noor Hartini Binti Mat
- Sokongan 1 : En Sallahuddin Bin Mohamad
- Sokongan 2 : En Amram Bin Ismail
Majlis sambutan Maulidur Rasul turut diadakan dengan pengisian Tazkirah oleh Ustaz Amran Bin Mohd Zain, Mudir Sekolah Agama Al-Ihsan, Jalan Pondok Lama dan diakhiri dengan majlis makan tengah hari.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.