Unit JKR KESEDAR telah melancarkan Program Persekitaran Berkualiti 5S yang telah diadakan pada 4 Julai 2013 bertempat di Lobi Utama dan telah disertai oleh semua pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR.
Majlis perasmian pelancaran program ini dimulakan dengan ucapan oleh Ir Adnan Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Utara (KPPU), mewakili Pengarah Unit JKR KESEDAR dan seterusnya merasmikan pelancaran terbabit dengan paluan gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik perasmiannya.
Acara diteruskan dengan pengumuman Visi, Misi, Moto, Logo dan Objektif 5S oleh Penyelaras program Cik Intan Salwani Abdul Kadir.
Seterusnya acara memperkenalkan pembahagian zon 5S oleh penyelaras program dan penyampaikan watikah pelantikan Person-In-Charge (PIC) oleh Ir Adnan Abd Ghani dan En Nik Soh Yaacob diiringi oleh penyelaras program kepada semua yang terlibat.
Acara diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya mencipta Logo, Visi dan Misi program 5S.
Pada sebelah petangnya, gotong royong program 5S dimulakan untuk peringkat pertama (SISIH) yang melibatkan semua unit di Unit JKR KESEDAR menandakan komitmen yang jitu oleh semua pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR ke atas Program Persekitaran Berkualiti 5S.