Kuala Balah, 30 Disember 2019 :- Majlis penyerahan projek ini yang telah diadakan di tapak projek berkenaan disempurnakan diantara Ybrs. En. Shukri Bin Ishak, Pengarah Unit JKR KESEDAR dengan Ybrs. En. Mohd Faudzi Bin Abdul Rahman, Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli dan disaksikan oleh Ybrs. Dr. Aminuddin Bin Yaacob, Timbalan Pengerusi KESEDAR.
Turut hadir dalam majlis penyerahan ini adalah pegawai kanan Unit JKR KESEDAR dan KESEDAR serta pasukan projek berkenaan.