Gua Musang, 20 Februari 2020 :- Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ybrs En. Shukri Bin Ishak (Pengarah Unit JKR KESEDAR) Kepada Ybrs Pn. Nazlina Bt Ahmad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan) bertempat di Klinik Kesihatan Pos Brooke, Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Turut hadir dalam majlis penyerahan ini adalah Ybrs Dr. Mohd Rafiq Bin Mohd Kasri (Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang), En. Lim Soon Hock (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan), Yang Mulia Tengku Normardziah Bt Tuan Mahmood (Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia, En Saifulmizam Bin Abdul Majid (Jurutera Awam Kanan Unit JKR KESEDAR selaku Wakil Pegawai Penguasa Projek dan semua kontraktor yang terlibat dalam menjayakan pembinaan projek ini.
Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 24 April 2017 dan telah disiapkan pada 30 November 2019 dengan kos kontrak berjumlah Rm 14,639,777.66.
Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 3 dalam 1 iaitu :
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
ii. Perakuan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
iii. Lukisan Siap Bina (As Built Drawing)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan projek Unit JKR KESEDAR Gua Musang, Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia dan Kontraktor Utama iaitu Salam Permai Sdn. Bhd dan semua yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.