Gua Musang, 18 Ogos 2019 – Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Membina dan Menyiapkan Sebuah Dewan Serbaguna (tertutup) di Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang telah dilaksanakan dengan jayanya. Unit JKR KESEDAR diwakili oleh En. Saifulmizam Abdul Majid manakala pihak KESEDAR diwakili oleh YABrs En Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR. Majlis turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan Unit JKR KESEDAR dan Pengurus-Pengurus Bahagian KESEDAR.