Gua Musang, 18 November 2019 – Majlis penyerahan SST & Dokumen Kontrak diantara Ybrs En. Iskandar Zurkarnain Bin Ibrahim (Pengurus Besar KESEDAR) dengan Pihak Kontraktor telah selamat disempurnakan disaksikan oleh Ybrs En. Shukri Bin Ishak (Pengarah Unit JKR KESEDAR bertempat di KESEDAR, Gua Musang, Kelantan.
Kontraktor yang berjaya dalam bidaan projek ini adalah NSE PROPERTY SDN. BHD. dengan harga bidaan sebanyak RM 4,217,777.00.
Unit JKR KESEDAR yang diberi tanggungjawab dalam mengawalselia projek ini akan buat yang terbaik agar projek ini siap dan disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan.