08.01.2018 Selasa :- Unit JKR KESEDAR telah menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) & Dokumen Kontrak bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.
Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, En. Shukri Bin Ishak, En. Mazlan Bin Makhtar (Jurutera Awam Kanan), Sr. En. Mohd Ali Sabral Mallisi Bin Zulkipeli & Pn. Dian Defna Jacqueline Mosinoh (Jurukur Bahan), En. Muhamad Azly Bin Abdul Aziz (Jurutera Awam Utara), En. Mohd Ridhuan Bin Baharuddin (Jurutera Awam Utara 1), En. Nik Mohd Faisal Faiz Bin Nik Ismail (Jurutera Elektrik), En. Firdaus Bin Rameli (Jurutera Mekanikal), Kontraktor dan pasukan projek berkenaan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah yang menyarankan agar projek ini dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan projek ini dikategorikan sebagai projek sakit jika berlaku kelewatan kerja.
Majlis diakhiri dengan acara menandatangani surat setuju terima (SST) & penyerahan dokumen kontrak kepada kontraktor yang berjaya.
Kontarktor Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia adalah KIJANG PRIMA TRADING dengan harga kontrak RM4,388,740.00 yang mana tarikh milik tapak pada 22 Januari 2019 manakala tarikh siap pada 11 Januari 2021. Tempoh kontrak bagi projek ini adalah 103 Minggu.