Tanah Merah, 10 Disember 2019 – Unit JKR KESEDAR telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) & Dokumen Subkontrak Sistem Mekanikal bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Limau Kasturi & Star, Gua Musang serta Bahagia, Kuala Krai bertempat di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR, Tanah Merah, Kelantan
Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR, En. Shukri Bin Ishak, En. Mazlan Bin Makhtar (Jurutera Awam Kanan Utara), Sr. Mohd Ali Sabral Mallisi Bin Zulkipeli (Jurukur Bahan), Pn. Dian Defna Jacqueline Mosinoh (Jurukur Bahan), En. Mohd Firdaus Bin Ramli (Jurutera Mekanikal), Kontraktor dan pasukan projek berkenaan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah Unit JKR KESEDAR, pembentangan oleh En. Mohd Firdaus Bin Rameli, Jurutera Mekanikal sebelum diakhiri dengan acara menandatangani surat setuju terima (SST) & penyerahan dokumen subkontrak kepada kontraktor yang berjaya.
Dibawah adalah kontraktor yang berjaya:-
1. Kerja-kerja membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengujiterima sistem penyaman udara & pengalihan udara untuk Klinik Kesihatan (Jenis 7) Limau Kasturi – SYARIKAT MUTIARA JAYA
2. Kerja-kerja membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengujiterima sistem pencegahan kebakaran dan pam penggalak untuk Klinik Kesihatan (Jenis 7) Limau Kasturi – MAJ RESOURCES
3. Kerja-kerja membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengujiterima sistem sistem penyaman udara & pengalihan udara untuk Klinik Kesihatan (Jenis 7) Star – ABD WAWASAN ENTERPRISE
4. Kerja-kerja membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengujiterima sistem pencegahan kebakaran dan pam penggalak untuk Klinik Kesihatan (Jenis 7) Star – BERKAT ELEKTRIK & ENTERPRISE
5. Kerja-kerja membekal, menghantar, memasang, menguji dan mengujiterima sistem penyaman udara & pengalihan udara untuk Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia – SETIA BAKTI TRADING