Kuala Lumpur, 04 Mac 2020 :- Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) Ibupejabat JKR Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Menandatangani Dokumen Kontrak, Penyerahan Lukisan Pembinaan & Penyerahan Pelantikan Pegawai Penguasa Bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan kuarters Karangan, Kuala Krai, Kelantan.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Tuan Ar. Azman Bin Md. Hashim dan diakhiri majlis penyerahan surat setuju terima, menandatangani dokumen kontrak, penyerahan lukisan pembinaan dan penyerahan pelantikan pegawai penguasa projek tersebut.
Pengarah JKR KESEDAR, Tuan Ir. Shukri Bin Ishak selaku Pegawai Penguasa Projek ini hadir bagi menyaksikan majlis ini bersama beberapa pegawai kanan Unit JKR KESEDAR iaitu En. Mazlan Bin Makhtar (Jurutera Awam Kanan), Sr. Mohd Ali Sabral Mallisi Bin Zulkipeli (Jurukur Bahan) dan Mohd Firdaus Bin Rameli (Jurutera Mekanikal).