23 Disember 2020, Rabu :- Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) Ibupejabat JKR Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Menandatangani Dokumen & Penyerahan Pelantikan Pegawai Penguasa Bagi Projek Kuarters Klinik Kesihatan Aring, Gua Musang, Kelantan.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybrs. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan diakhiri majlis penyerahan surat setuju terima, menandatangani dokumen kontrak dan penyerahan pelantikan pegawai penguasa projek tersebut.
Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR selaku Pegawai Penguasa Projek ini hadir bagi menyaksikan majlis ini bersama Sr. Mohd Ali Sabral Mallisi Bin Zulkipeli (Jurukur Bahan).