29.01.2019, Selasa :- Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) Ibupejabat JKR Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Tandatangan Dokumen Kontrak & Aku Janji Kontraktor bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Kampung Star, Gua Musang, Kelantan.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Tuan Ir. Mohd Rahim Bin Kawangit dan diakhiri majlis penyerahan surat setuju terima, menandatangani dokumen kontrak dan aku janji oleh kontraktor.
Pengarah Unit JKR KESEDAR, Tuan Shukri Bin Ishak selaku Pegawai Penguasa Projek ini hadir bagi menyaksikan majlis ini bersama beberapa pegawai kanan Unit JKR KESEDAR iaitu Tuan Sr. Mohd Ali Sabral Mallisi Bin Zulkipeli (Jurukur Bahan) dan En. Wan Fairos Bin Wan Mohd Zawawi (Jurutera Awam Selatan).