Pada 1 Mei 2013, Majlis Perasmian Jambatan Baru Manek Urai telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia). Turut hadir ke majlis terbabit adalah Y.B Dato’ Seri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan dan Industri), Dato’ Makhtar Mustapha (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan), Dato’ Ramzi Ab Rahman (Pengerusi Kesedar), Tuan Hj Nik Burhanuddin Nik Yusoff (Pengarah JKR Kesedar).
Jambatan baru ini dibina bagi menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru yang menelan perbelanjaan sebanyak RM 14,135,774.50 dan siap sepenuhnya pada 15 April 2013 yang lepas.