Pada 11 Februari 2016, Khamis – Majlis perasmian Jambatan Sungai Pergau yang menghubungkan antara Kg Biak dengan Kg Kandek telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Projek yang telah dilaksanakan oleh Jabatan ini dengan peruntukan daripada pihak KESEDAR (KKLW) akan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk kampung yang berkenaan.
Turut hadir dalam majlis terbabit ialah Timbalan Menteri KKLW, Datuk Jazlan Ahmad Yaakub, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Mohd Arif Ab.Rahman, Pengerusi KESEDAR, Datuk Abdul Rashid Derashid, Adun Dabong Datuk Ramzi Ab. Rahman, Pengarah Unit JKR KESEDAR, Nek Jid Muhd Zain dan pemimpin-pemimpin setempat.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.