21 Januari 2018, Ahad – Unit JKR KESEDAR DAN KESEDAR telah mengadakan Majlis Perletakan Batu Asas Pembinaan Kawasan Rehat & Rawat Kuala Balah dan majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Mustapa Bin Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli).
Turut serta dalam majlis tersebut adalah YB Dato Hj Abdul Aziz Derashid (Pengerusi KESEDAR merangkap ADUN Kuala Balah), YB Dato Hj Mohd Adhan Bin Kechik (Pengerusi LKTN merangkap ADUN Bukit Bunga), YBrs En Iskandar Zurkarnain Bin Ibrahim (Pengurus Besar KESEDAR), YBrs En Mohd Suhaili Bin Ismail (Pengarah Unit JKR KESEDAR), Pegawai kanan KESEDAR dan JKR KESEDAR.
Pembangunan kawasan Rehat & Rawat Kuala Balah di atas tapak seluas 1.3 ekar melibatkan komponen bangunan R&R, dewan serbaguna, surau dan tandas awam. Projek ini berupaya melonjak pembangunan usahawan desa dengan penyediaan 8 ruang niaga untuk menceburi bidang perniagaan apabila siap kelak.
Pengarah Unit JKR KESEDAR telah menyampaikan taklimat projek kepada tetamu kehormat dan mensasarkan projek ini dapat disiapkan pada penghubung bulan Mac 2019.