26 November 2018, Isnin :- Unit JKR KESEDAR telah menganjurkan Majlis Perpisahan dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Jabatan ini yang telah diadakan di Dewan Wawasan, Unit JKR KESEDAR Tanah Merah.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tuan pengarah, En Shukri Bin Ishak.
Ucapan perpisahan oleh pegawai yang diraikan iaitu Pn. Siti Aminah Binti Zahari, Juru Ukur Bahan J44.
Majlis penyampaian cenderahati dan memotong pulut kuning pegawai yang diraikan.
Majlis diteruskan dengan slot ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul oleh YBrs Ust, Nik Muhamad Bin Nik Lib
Majlis diakhiri dengan Selawat dan jamuan makan tengah hari.